Catatan Popular

Khamis, 11 Mac 2010

Taklimat pelajari cara bahagi harta

Lui Muda - Seramai 95 peserta terdiri penduduk Felda Lui Muda menyertai Taklimat dan Penerangan Pembahagian Harta dan Warisan,di Balai Raya Felda Lui Muda. Taklimat disampaikan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Jempol,Farah Naquiyah Abd Aziz bertujuan memberi kefahaman mengenai pembahagian harta dan perwarisan.
Farah berkata,taklimat itu memberi ilmu pengetahuan dan panduan kepada peserta berkaitan Akta Tanah Berkelompok 1960 dengan lebih mendalam. Urusan pembahagian harta adalah mudah di mana pembahagian harta boleh dibuat mengikut muafakat dicadangkan pemohon dan prosedur pindah milik tanah dikawasan penempatan berkelompok. Bagaimanapun,pembahagian bagi tanah Felda tidak boleh diturunkan penama lebih daripada seorang atau dua.

Khamis, 15 Oktober 2009

felda lui muda

FELDA Lui Muda : Sejarah asal penyertaan peneroka FELDA Lui Muda,dahulunya adalah penempatan Rancangan Tanah Belia Sg Chermai.disertai olih belia belia dari seluruh Negeri Sembilan Melayu,China dan India,serta disyaratkan tidak dibenar kahwin selama 5 tahun.
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan diberi tanggungjawab untuk menyelaras serta mengendalikan projek ini dari awal dengan menempatkan seorang pengurus,penolong pengurus,seorang kerani,seorang pegawai warden dan 3 orang penyelia ladang.
Pengambilan peserta peserta dibuat secara berperingkat bermula dari tahun 1971 hingga 1975,yang melibatkan jumlah 8 peringkat. Rancangan ini ditanam kelapa sawit,keluasan ladang diperuntukkan 8 ekar, dusun buah buahan 1 1/4 ekar dan 1/2 ekar tapak perumahan.
Peserta peserta belia ini ditempatkan di 5 buah blok asrama berupa rumah panjang dan disediakan kemudahan lain saperti dewan/kantin ( tapak asrama dahulu telah dibina Masjid sekarang ini ). Sebelum belia belia ini bekerja diladang telah dihantar kursus pelbagai bidang terutama bidang pertanian di Pusat Pertanian Chembong Rembau Negeri Sembilan,didalam masa kursus ladang masih didalam penebangan yang diusahakan  olih pihak pemborong,sekembali dari kursus belia belia diarahkan bekerja membantu dan menjaga kawasan tapak semaian sawit yang dibuat dikawasan Pertanian Sg Chermai jarak dari asrama 4 km. kerja kerja penanaman sawit dilakukan sendiri olih belia belia setelah ladang diserahkan seterusnya diusahakan.
Disamping itu belia belia hanya dibayar imbuhan pada hari bekerja RM1.00/hari bekerja dan bayaran pada hari minggu serta cuti umum dipotong sebagai caruman Tabung Kebajikkan Peserta. Bayaran makanan belia ditanggung olih Jawatan Kuasa Pengurusan RM2.70/hari. Bagi menambah pendapatan wang belanja harian belia belia telah menjalankan tanaman projek usaha sampingan dengan menanam cili api,labu,pisang dan lain lain yang dipasarkan sendiri diluar Bahau,Johor,Pahang,Melaka dan lain lain tempat.
Pada tahun 1975/1976 FELDA banyak membangunkan kawasan keliling yang terdiri dari FELDA Lui Timur,FELDA Lui Selatan,maka kepimpinan Kerajaan Negeri pada waktu itu dibawah YAB Dato' Mansor Bin Othman Menteri Besar Negeri Sembilan telah mengarahkan FELDA supaya membangunkan  sekali kawasan Rancangan Tanah Belia yang berhampiran.
Diatas rundingan antara YAB Dato' Mansor Bin Othman Menteri Besar Negeri Sembilan dengan Pengarah Besar FELDA Yang Mulia Tan Sri Raja Mohamad Alias maka Rancangan Tanah Belia ini diubah tadbir dibawah pengurusan FELDA.
Mulai 01 Mac 1977 FELDA menganbil alih Rancangan Tanah Belia Sungai Chermai dan menukar nama FELDA LUI MUDA.
PERALIHAN PENTADBIRAN RANCANGAN TANAH BELIA SUNGAI CHERMAI ditukar kepada FELDA LUI MUDA.
PERINGKAT 01:
a. Peringkat 01 Blok 01 (Rancangan Tanah Belia peringkat 01) > kawasan ladang telah berhasil dan mendudukki rumah sendiri.
b. Peringkat 01 Blok 02 (Rancangan Tanah Belia peringkat 02)>Kawasan ladang telah berhasil dan mendudukki rumah sendiri.
PERINGKAT 02
a. Peringkat 02 Blok 01 (Rancangan Tanah Belia peringkat 03)>kawasan ladang telah berhasil dan masih mendudukki di asrama.
b. Peringkat 02 Blok 02 (Rancangan Tanah Belia peringkat 04)>kawasan ladang telah berhasil dan masih tinggal di asrama.
PERINGKAT 03
a. Peringkat 03 Blok 01 (Rancangan Tanah Belia peringkat 05)>Kawasan ladang berumur 3 tahun dan masih tinggal diasrama.
b. Peringkat 03 Blok 02 (Rancangan Tanah Belia peringkat 06)>kawasan ladang berumur 3 tahun dan masih tinggal di asrama.
PERINGKAT 04
a. Peringkat 04 Blok 01 (Rancangan Tanah Belia peringkat 07)>Kawasan ladang berumur 2 tahun dan masih tinggal di asrama.
b. Peringkat 04 blok 02 (Rancangan Tanah Belia peringkat 08)>kawasan ladang berumur 2 tahun dan masih tinggal di asrama.
Dengan pertukaran pentadbiran ini Kerajaan Negeri Sembilan telah memohon bayaran pampasan keseluruhan kos pembangunan dengan FELDA yang meliputi kos pembangunan kawasan ladang,perumahan Peringkat 01 bagi blok 01 dan 02. Kos keseluruhan yang dipohon RM875.673.08 dan kutipan bayaran balik olih FELDA dibuat melalui pemotongan bayaran kembali peneroka mengikut pecahan yang ditentukan olih Ibu Pejabat FELDA berdasarkan penggunaan dan tahun pembangunan.
FELDA mula memulihkan kawasan ladang dari blok 01 hingga blok 04 dan bagi kawasan dusun buah buahan yang di usahakan  semasa Rancangan Tanah Belia dulu ditukar menjadi kawasan ladang blok 06 dengan tanaman kelapa sawit. Baki kepada kawasan dusun ini dijadikan kawasan perumahan tambahan untuk peneroka blok 02 dan 04.
Pada awal tahun 1978 semua peneroka dari blok 02 hingga blok 04 telah memulaukan kerja kerja diladang dan balik kampong lebih kurang 6 bulan kerana tidak berpuas hati cara pengurusan FELDA memulihkan ladang dan kelewatan membina rumah rumah kediaman peneroka. Olih kerana peneroka meninggalkan rancangan FELDA secara beramai ramai,pihak pengurusan telah memasukkan pemborong bagi membersihkan kawasan ladang dan menuai hasil dari kawasan tersebut.
Setelah rumah rumah peneroka  dibina pada penghujung tahun 1978 semua peneroka telah dipanggil semula untuk bekerja dan menjaga kawasan ladang masing masing.
Kini FELDA Lui Muda telah bertambah penduduk kerana FELDA telah menambah bilangan peneroka dari blok 05,blok 06 dan blok 08. Moga peneroka FELDA Lui Muda terus maju bersama dibawah kepimpinan kerajaan. SATU MALAYSIA SATU FELDA.








Senarai Blog Saya